Tasik Kenyir adalah tasik yang tercantik di Malaysia. Dengan keluasan 260,000 hektar, tasik buatan manusia ini merupakan tasik terbesar di asia tenggara. Kepungan air membentuk hampir 400 pulau dengan pelbagai bentuk dan habitat baru.Suatu kelebihan yang sangat besar kepada Negeri Terengganu kerana adanya Tasik Kenyir ini. Pelbagai tempat menarik yang MESTI dilawati oleh pelancong dan para pencinta alam.
Bagi mereka yang suka memancing, Tasik Kenyir pasti tempat yang sesuai sekali untuk mencuba nasib dan melihat sendiri kehebatan habitat air disini.. dari ikan sekecil-kecilnnya hingga ke besar bot pun ada disini..
Tasik Kenyir juga sesuai untuk pelajar IPT melaksanakan program berbentuk pendidikan. Disana disediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung.
Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.
Ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Ini adalah kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Ia juga menjadi tempat kegemaran pemancing kerana menempatkan pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah.
Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.
Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.
Kelebihan
1. Tasik Kenyir terletak kira-kira 55 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik itu yang terletak bersebelahan Pengkalan Utama. Jeti itu juga mempunyai perkhidmatan bot untuk mengelilingi kawasan pulau dan pertukaran ke resort di sini.
2. Pelbagai kemudahan disediakan ternasuk Bas Express Tasik Kenyir.
3. Kemudahan penginapan yang pelbagai.
4. Jalan pengangkutan yang lengkap dan selesa.Antaranya:
4.1 Kereta
Terdapat beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menggunakan kenderaan dari Kuala Lumpur, ikut laluan ke Ajil melalui lebuh raya ke lebuh raya Jerengau-Jabor, kemudian menuju ke Kenyir. Pilihan lain ialah mengikuti laluan pesisiran pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan terus ke kawasan Tasik Kenyir.
4.2 Bot
Terdapat beberapa pengendali bot sewa dari Jeti Gawi, anda boleh menggunakan bot bertingkat atau bot kaca merentasi Tasik Kenyir. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan, ada beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian.
4.3 Kapal Terbang
Terbang dengan pilihan Malaysia Airlines atau Air Asia. Mereka terbang setiap hari ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan teksi dan terus ke Tasik Kenyir. Tambang adalah sekitar RM 60.00. Jika anda ke Kuala Berang, tambang sekitar RM30.00.