Keropok Lekor Terengganu adalah makanan ringan tradisional tertua dan dipercayai telah menjadi kegemaran ramai semenjak dari era Kebayat Negara lagi. Walau pun tidak terpahat pada batu bersurat Terengganu (1103) atau tercatat dalam buku ‘Ling-wai-Tai-ta’ (1178) karangan Pedagang Tersohor Cina Cao-Cu-Fei, Keropok Lekor Teng-ya-nung (Terengganu) tidak dinafikan menjadi pemangkin kepada pemecutan sosio-ekonomi sebagaimana Songket, Batik, Tembaga, Nasi Dagang, Loklik atau Satar.
Sir Harold pernah mengklasifikasikan Terengganu sebagai “Vegas Of Malaya” kerana bakat dan seni rakyat Terengganu. Kerana itu Terengganu terus unggul di dalam menghasilkan kerja seni termasuk seni makanan.
Keropok Lekor Terengganu merupakan makanan ringan tradisional tertua dan dipercayai telah menjadi kegemaran ramai semenjak beratus abad sebelum era Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Dimana anda boleh dapatkan keropok lekur?
Kebiasaannya, dimana-mana sahaja disekitar Kuala Terengganu ada menjual keropok lekur dan biasanya ia dijual pada waktu tengah hari dan petang.
Disini disertakan resipi keropok lekur untuk dicuba sendiri...
Bahan ;
1 mangkuk isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnya.
3/4 mangkuk tepung kanji
3 genggam tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit ajinomoto
Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan je)
Cara membuat:-
-Ikan dibersihkan dan dibuang kepala,ekor,kulit dan tulangnya.
-Kemudian sukat isinya dengan mamgkuk.
-Blender isi ikan tadi bersama air,garam dan ajinomoto.
-Tuang isi ikan yg telah disiap blender kedalam bekas besar(besin)
-Masukkan tepung kanji bersama tepung gandum,gaul sebati sehingga menjadi doh tidak melekat dipinggan
-Kemudian gentil sebesar ibu jari secera memanjang menggikut saiz sendiri ye.
-Rebus dalam air yg mendidih.Apabila keropok tu dah timbul itu maknanya dah masak boleh diangkat dan disejat airnya.