63 Tan Duku Terengganu telah habis dijual...

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membeli sebanyak 63 metrik tan buah duku bernilai RM72,000 di Terengganu sejak awal Ogos sehinggalah dini hari.
Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Hasan Jusoh berkata langkah agensi pemasaran itu membeli buah duku adalah bertujuan untuk mengatasi lambakan buah tersebut.
"Kebun duku terutamanya di beberapa daerah di Terengganu sekarang ini sedang masak dan dipetik oleh petani," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hasan berkata kebetulan sekarang ini bulan puasa, menyebabkan buah duku banyak di pasaran dan harganya jatuh sehingga 90 sen sekilo.
Beliau berkata kerana itu, FAMA akan membeli seberapa banyak buah duku yang ada bagi memastikan petani-petani tidak mengalami kerugian.
Hasan berkata FAMA membeli buah duku daripada petani pada harga RM1.20 sekilogram, dan kebanyakan buah duku itu dijual semula di Lembah Klang, Perak dan Johor.
Daerah Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Dungun merupakan kawasan yang paling banyak mengeluarkan duku di Terengganu pada tahun ini, katanya.
Bagaimana pun, beberapa kawasan duku di daerah Kuala Terengganu, seperti Pulau Rusa, Mansir, Kepong, Sungai Rengas, Pulau Musang dan Serada tidak menjadi pada musim ini, katanya.
Hasan berkata tahun ini, FAMA mewujudkan beberapa pusat pengumpulan di daerah Hulu Terengganu dan Dungun bagi memudahkan petani-petani menjual duku kepada agensi itu.

-- BERNAMA

Membincangkan tentang hartanah di negeri Terengganu

Ruangan ini akan membincangkan tentang hartanah di seluruh negeri Terengganu... Banyak kelebihan di sediakan seperti perkembangan hartanah Terengganu, tempat yang sesuai untuk penempatan, perumahan, jual beli dan banyak lagi....

Berita Terengganu Bil 18- Terengganu Peneraju Pendidikan Negara



Berita penuh....

Kata Aluan Oleh Nor Azwari

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

http://1.bp.blogspot.com/_xc8w6Vpryi0/TAjNOIQSqQI/AAAAAAAAAbM/ai3Ii33Eol4/S220/yieS.png

.
Pelancongan merupakan sektor ekonomi penting yang berasaskan perkhidmatan dimana pada tahun 2009, Malaysia telah berjaya menarik kehadiran lebih 23 juta pelancong dan membawa masuk tukaran wang asing melebihi RM51 billion.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa sektor pelancongan berjaya menjana pendapatan negara dan senario ini dijangka akan terus berkembang dengan usaha pelbagai pihak untuk memajukan sektor pelancongan melalui promosi dan produk-produk baru.


Terengganu tidak ketinggalan dalam usaha-usaha menarik pelancong melawat negeri ini yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta budaya dan warisan yang unik.

Kerajaan Negeri dalam Bajet 2010 telah mengariskan sektor pelancongan sebagai strategi baru untuk menjana pendapatan negeri dalam usaha mengurangkan pengantungan kepada hasil royalti minyak dan gas. Malah sektor pelancongan dirancang menjadi tulang belakang ekonomi negeri Terengganu di masa akan datang.

Antisipasi potensi kehadiran pelancong ke Terengganu amat positif dengan mensasarkan 3.8 juta pengunjung melawat tempat-tempat yang menjadi tarikan. Kebanyakan maklumat mengenai boleh didapati melalui laman web dengan melayari internet,

Kini terdapat lebih 10 bilion pengguna internet di seluruh dunia. Melalui kemudahan ICT ini dan pertandingan yang diadakan untuk mempromosi negeri Terengganu, sempadan maklumat tiada hadnya bagi pelayar-pelayar internet di seluruh dunia.


Oleh kerana penjelasan inilah, saya perlu memberi sumbangan kepada Kerajaan Terengganu sebagai tanda sokongan padu serta memberi manfaat pada masyarakat....



TERENGGANU DI HATIKU
Yang Benar
NOR AZWARI CHE MT NOOR
(Admin I Luv Terengganu )

Majalah Mengenai Terengganu.... Siri 1


 

Objektif Blog I Luv Terengganu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


.
Objektif Blog I Luv Terengganu di bina ialah kerana ;

  • Membuka ruang untuk  berbicara mengenai pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu.
  • Mengguna dan menjadikan kemudahan ICT untuk tujuan mempromosi pelancongan di seluruh dunia dengan cara yang termurah dan efektif.
  • Membantu Laman rasmi pelancongan Terengganu kursusnya dan masyarakat Terengganu amnya.
  • Menyediakan saluran alternatif penyebaran maklumat kepada orang ramai berdasarkan ‘real time information’.  
  • Menggunakan sepenuhnya bahan percuma untuk manfaat bersama.
  • Menambahkan ilmu dalam bidang IT

akhirnya sekali.
Saya memohon kepada seluruh warga bumi menyokong blog ini... 


'I LUV TERENGGANU'

Yang Benar
http://1.bp.blogspot.com/_xc8w6Vpryi0/TAjNOIQSqQI/AAAAAAAAAbM/ai3Ii33Eol4/S220/yieS.png
Nor Azwari Bin Che Mt Noor
(Admin IluvTerengganu)


Pakej Rombongan Untuk Keluarga

http://www.terengganutourism.com/home10.jpg 

Ruangan ini akan memaparkan pakej untuk rombongan keluarga di seluruh Terengganu. Anda akan mengetahui secara terperinci dari segi penginapan, kos dan sebagainya..





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini