Masyarakat Cina juga tidak ketinggalan berniaga di bazar Ramadhan

Ang Cher Koon sibuk melayan pelanggan yang ingin membeli air soya 
di bazar ramadhan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Bazar Ramadan pastinya menjadi tarikan utama setiap kali tiba bulan puasa kerana pelbagai juadah boleh diperolehi daripada kuih-muih sehingga nasi dan lauk-pauk.
Oleh itu, tidak hairanlah bazar Ramadan bukan sahaja menjadi tumpuan kaum Melayu, malah Cina dan India untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka.
Lazimnya, bazar Ramadan pasti menjadi tumpuan kaum Melayu berniaga dengan pelbagai menu dan juadah makanan, namun di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar dekat sini, sebuah keluarga Cina turut mengambil kesempatan mencari rezeki.
Menjelang petang, keluarga itu tidak menang tangan melayan pelanggan yang singgah di gerainya yang menjual air dan pati soya.
Pemiliknya, Ang Cher Koon, 52, yang berasal dari Kampung Tiong berkata, dia yang dibantu kakak dan anak perempuannya tidak pernah melepaskan peluang berniaga di bazar Ramadan setiap tahun.
Katanya, ia dilakukan sejak puluhan tahun dahulu apabila sering mengikut ayahnya menjual air soya di bazar Ramadan sebelum ini.
Tambahnya, setiap hari seawal pukul 8 pagi, dia mula menyiapkan bahan-bahan untuk menghasilkan air dan pati soya untuk dijual di bazar itu.
"Setiap hari saya perlu menyediakan kira-kira 30 kilogram soya untuk diproses menjadi air dan pati untuk memenuhi permintaan pelanggan sebanyak 300 hingga 400 gelas sehari," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Cher Koon menjelaskan, perniagaan keluarga itu dijalankan sejak 1968 dan sehingga kini air dan pati soya buatan keluarganya masih dikenali dan diminati.
Katanya, jika tidak berniaga di bazar Ramadan, kebiasaannya dia akan berniaga di Taman Selera Kampung Tiong dekat sini.
Pada Ramadan ini, katanya, dia gembira kerana anaknya dapat membantu dia berniaga memandangkan setiap hari dia pasti tidak menang tangan melayan pelanggan.
"Setiap tahun anak saya akan pulang dari tempat belajarnya dan akan membantu saya selain kakak turut membantu sama.
"Setiap hari, air dan pati soya akan habis dijual dan apa yang penting air dan pati soya untuk dijual esok adalah segar kerana saya tidak akan menjual soya yang tidak habis," jelasnya.
Ditanya mengenai resipi soya berkenaan, dia hanya tersenyum dan memberitahu, hanya menggunakan jumlah soya yang banyak bagi memastikan rasa soya itu asli dan tidak ditambah perasa lain.
"Kalau nak buat soya jadi sedap, jangan kedekut kacang soya baru, pati pekat dan manis," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Animasi sebahagian tempat menarik di Terengganu....

Imarahkan masjid di bulan puasa

Bersama kita imarahkan masjid di bulan puasa yang penuh barakah

RAMADAN akan menjengah lagi - memberikan waktu untuk mengasuh dan mengasah jiwa umat Islam di mana sahaja dengan meningkatkan amal dan kebajikan agar dapat membebaskan diri daripada penyakit hawa
nafsu.
Tahun lalu, Ramadan yang sentiasa dinantikan itu terasa agak berlainan bagi sebilangan penduduk di negeri Terengganu apabila mereka memenuhkan masjid-masjid untuk menunaikan solat. Buat pertama kalinya,  mereka menunaikan solat berimamkan imam masjid Mekah dan imam imam masjid ternama di Timur Tengah yang diundang oleh ke rajaan negeri. Mereka berpeluang menghayati sendiri kelunakan suara imam-imam dari Mekah yang selama ini diketahui dari cerita rakan-rakan atau sanak-saudara yang pulang menunaikan haji  atau umrah.
Juga mungkin sekali-sekala mereka berpeluang mendengar kemerduan suara imam atau qari dari negara  Timur Tengah itu melalui kaset atau cakera padat serta siaran di televisyen. Kerajaan negeri membawa imam-imam dari Timur Tengah untuk ditempatkan di masjid masjid utama di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan, bagi menarik minat lebih ramai jemaah di masjid, khususnya menunaikan solat terawih dan  bertadarus.
Di Kuala Terengganu, masjid utama seperti Masjid Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Putih’, Masjid Al-Muktafibillah Ladang, Masjid Tengku Zaharah dan Masjid Kristal ternyata cukup sesak. 

Sumber dari Utusan Malaysia..

Lemang Kijal pembuka puasa anda..

Lemang sangat terkenal di kawasan Kijal Kemaman..


Lemang Kijal memang sangat terkenal di kalangan penduduk setempat malah menjadi buah mulut orang ramai kerana rasanya yang lain dari yang lain. 
sekirannya anda melalui jalan Kemaman, singgahlah sebentar ke Kijal untuk merasai sendiri lemang disana. Lemang memang sangat sesuai untuk dijadikan kuih berbuka puasa dan menjadi pilihan utama di pagi syawal. Anda bolehlah membuat tempahan di gerai yang anda minati untuk dihidangkan di pagi raya.



1. Jalan perhubungan yang baik iaitu berhampiran jalan utama.
  1. 10 minit dari kampung Meraga.
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Pelbagai pilihan disediakan.
4. Tempat letak kereta yang luas.





 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar



Cabaran mendaki Gunung Tebu....

 
Pemandangan di puncak Gunung Tebu


Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, mendaki Gunung Tebu merupakan cabaran yang hebat untuk menguji kebolehan anda. Gunung Tebu menyimpan pelbagai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya ialah, ia menjadi tempat pertapaan bagi pesilat di zaman dahulu kala. Dari segi geografinya juga, ia sangat cantik dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian.

Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Besut dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.

Setelah penat mendaki, anda bolehlah membasahkan badan di air terjun yang menurun dari puncak gunung..

Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.


1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Jalan utama Setiu Besut : 2km
  2. Dari Jertih : 30 minit
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti, tempat parking yang luas dan selamat. Tempat penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam disana.
4. Panduan mendaki serta tunjuk arah disediakan bagi pengunjung untuk ke puncak gunung.
5. Sebarang masalah bolehlah diajukan kepada Jabatan Perhutanan yang disediakan disana.





 
Sungai yang tenang dan sejuk menanti anda di puncak gunung..


 
Pemandangan di Gunung Tebu..


Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Bazar Ramadhan menjadi daya tarikan baru Terengganu

 
Suasana di bazar ramadhan yang menjadi daya tarikan baru di Malaysia..



Ruangan ini membincangkan tentang bazar Ramadhan di sekitar Terengganu

Kuih Akok yang lembut dan sedap...

 
Kuih akok senang didapati di pasar-pasar seluruh Terengganu...

Kuih akok sangat terkenal di Terengganu

Pertanian Itu Perniagaan

Dalam ruangan ini, akan memaparkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan pertanian di negeri Terengganu... Diantara yang menarik disini ialah;
1. Kejayaan besar petani negeri Terengganu
2. Berita terkini berkaitan dengan sektor pertanian.
3. Pasar, kedai atau tempat mendapatkan bahan pertanian.

Kuih Jala Mas sesedap namanya..


Image 

Bahan-Bahannya:

20 biji telur itik ( kuning sahaja )
1 kilo gula pasir
1 sudu pewarna dan air secukupnya.
 

Cara-Caranya:

Masukkan kuning telur ke dalam kain dan perah.Masak air gula hingga mendidih. Masukkan kuning telur tadi ke dalam air gula. Buat berulang kali seperti urat rambut.    

Aktiviti Riadah lebih menarik di Taman Rekreasi Bakau Tinggi


 
Hutan Simpan Bakau Tinggi  merupakan tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti luar yang cantik dan mencabar. Kedudukannya yang terletak di daerah Kemaman, Cukai memberi kelebihan kepada penduduk tempatan datang berkunjung sambil menikmati kehidupan flora dan fauna yang masih segar dan terpelihara.





1. Jalan perhubungan yang baik.
  1. Dari Jalan utama bandar Cukai : 10km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti, tempat letak kereta, tandas, tempat berteduh, susur gajah, dan pelbagai kemudahan asas yang lain.
4. Kemudahan penginapan seperti di ;
  1. Awana Kijal Resort
  2. Hotel Cukai Utama
  3. New Sri Buana Hotel



gambar akan menyusul tidak lama lagi.....


 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Ketupat Sotong Menu istimewa Terengganu


Kita selalu makan ketupat terutama di hari raya. Namun jarang yang mengenali ketupat sotong. Kali ini kami akan membawa anda resipi untuk membuat kuih tersebut.



Bahan-Bahan:
1kg Sotong sederhana besar
250gram beras pulut
santan
seinci halia dipotong halus
5 ulas bawang merah dipotong halus
sesudu kecil halba
garam
lidi dipotong kecil

Cara:
1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk.
2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong.
3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala.
4. angkat apabila sotong telah masak.
Cadangan Hidangan:
di makan begitu sahaja @ bersama nai putih
Tambahan:
1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir.




Video cara membuatnya...

Kebertanggungjawaban YPU dan Industri batik Terengganu...

Sektor Pelancongan Terengganu kian mekar dan ia memberi pulangan yang tinggi kepada penduduk Terengganu yang mengusahakannya...
Dalam bidang tenunan pula, Terengganu perlu mempunyai hasil seni yang tersendiri..
Berita selanjutnya seperti berikut..

 

Lebih 30 Spesis Burung di Taman Burung Kuang

Pelbagai spesis burung dapat anda temui di sini.


 
 Taman Burung Kuang di Ajil, Kuala Berang merupakan satu taman burung yang terbesar di malaysia dengan keluasan kira-kira 1.7 hektar. Pelbagai spesis burung dapat anda lihat dan kagumi kerana ia jarang ditemui di tempat lain...


1. Pelbagai spesis burung boleh dilihat.
2. Jalan menuju ke suatu tempat di tunjukkan dengan jelas.
3. Pelbagai kemudahan disediakan.



Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Terengganu Di Mata Malaysia.... Peranan YBK & Industri Tembaga


Suatu kelebihan bagi negeri Terengganu, bila rakyatnya bukan sahaja bersopan santun malah mahir dalam menghasilkan seni ukiran dan alatan dari tembaga....

 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini