Pemandangan di puncak Gunung Tebu
Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, mendaki Gunung Tebu merupakan cabaran yang hebat untuk menguji kebolehan anda. Gunung Tebu menyimpan pelbagai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya ialah, ia menjadi tempat pertapaan bagi pesilat di zaman dahulu kala. Dari segi geografinya juga, ia sangat cantik dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian.
Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Besut dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.
Setelah penat mendaki, anda bolehlah membasahkan badan di air terjun yang menurun dari puncak gunung..
Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.
1. Jalan perhubungan yang baik.
- Dari Jalan utama Setiu Besut : 2km
- Dari Jertih : 30 minit
3. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti, tempat parking yang luas dan selamat. Tempat penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam disana.
4. Panduan mendaki serta tunjuk arah disediakan bagi pengunjung untuk ke puncak gunung.
5. Sebarang masalah bolehlah diajukan kepada Jabatan Perhutanan yang disediakan disana.
Sungai yang tenang dan sejuk menanti anda di puncak gunung..
Pemandangan di Gunung Tebu..
Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar