Bersama kita imarahkan masjid di bulan puasa yang penuh barakah
RAMADAN akan menjengah lagi - memberikan waktu untuk mengasuh dan mengasah jiwa umat Islam di mana sahaja dengan meningkatkan amal dan kebajikan agar dapat membebaskan diri daripada penyakit hawa
nafsu.
Tahun lalu, Ramadan yang sentiasa dinantikan itu terasa agak berlainan bagi sebilangan penduduk di negeri Terengganu apabila mereka memenuhkan masjid-masjid untuk menunaikan solat. Buat pertama kalinya, mereka menunaikan solat berimamkan imam masjid Mekah dan imam imam masjid ternama di Timur Tengah yang diundang oleh ke rajaan negeri. Mereka berpeluang menghayati sendiri kelunakan suara imam-imam dari Mekah yang selama ini diketahui dari cerita rakan-rakan atau sanak-saudara yang pulang menunaikan haji atau umrah.
Juga mungkin sekali-sekala mereka berpeluang mendengar kemerduan suara imam atau qari dari negara Timur Tengah itu melalui kaset atau cakera padat serta siaran di televisyen. Kerajaan negeri membawa imam-imam dari Timur Tengah untuk ditempatkan di masjid masjid utama di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan, bagi menarik minat lebih ramai jemaah di masjid, khususnya menunaikan solat terawih dan bertadarus.
Di Kuala Terengganu, masjid utama seperti Masjid Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Putih’, Masjid Al-Muktafibillah Ladang, Masjid Tengku Zaharah dan Masjid Kristal ternyata cukup sesak.

Sumber dari Utusan Malaysia..