Memaparkan catatan dengan label kesenian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesenian. Papar semua catatan

400 pemuda persembah Dikir Besut 2 Oktober



Idris Jusoh (tengah) mengetuai latihan persembahan dikir barat di Kampung Tok Motong, Besut, kelmarin.


BESUT 27 Sept. - Sekumpulan 400 pemuda akan bergabung tenaga bagi mempersembahkan Dikir Besut sempena Sambutan Aidilfitri UMNO Perhubungan Terengganu di Dataran Putra Kampung Raja 2 Oktober ini.
Mereka sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan yang bakal dipertontonkan di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB), Rozali Embong berkata, Dikir Besut merupakan idea yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, senikata dihasilkan sendiri oleh Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut yang mengetengahkan beberapa keistimewaan dan lokasi menarik di daerah itu.
"Antaranya, Pusat Minda, Sekolah Menengah Imtiaz yang akan menjana generasi Ulul Albab, Masjid Hadhari dan lokasi pelancongan menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu dan Pantai Bukit Keluang," katanya di sini semalam.
Malam tadi, Idris turut turun padang bagi memberi semangat kepada peserta yang mengadakan latihan di Kampung Tok Motong dan Sanggar Budaya di Kampung Gong Gucil.
Idris meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melihat sendiri latihan yang diadakan di samping menyertai dikir bersama kumpulan itu.
Rozali menambah, persembahan akan diiringi oleh kumpulan muzik Gabungan Muzik Tradisi (Gamutra) Besut yang menggabungkan pelbagai permainan alatan muzik tradisi.

sumber : Utusan Malaysia

Seni Ukiran Tembaga yang kian pudar...


Barangan tembaga yang dihasilkan di Terengganu adalah merupakan seni pertukangan yang memerlukan masa serta kemahiran. Kemahiran ini terus dipusakai dari satu generasi ke generasi yang lain dan terus hidup hingga sekarang. Pada keseluruhannya perusahaan kraftangan ini melibatkan 90% kerja-kerja tangan yang memerlukan kemahiran. Hanya kerja-kerja di peringkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.

Adalah dipercayai seni ini diwarisi dari ahli seni ( tukang ) dari China yang berhijrah ke sini dari Funan, China. Tembaga Terengganu adalah hasil campuran tembaga putih, kuning dan zink.

Barangan logam yang dihasilkan seperti tepak sirih, pemegang lilin, bekas habuk rokok, ketur basuh tangan dan juga dalam bentuk cenderamata seperti penyu, keris, pasu dan lain-lain.

Kemahiran dan sentuhan halus penghasilnya memberikan nilai astetik yang tinggi dan dijadikan bahan untuk perhiasan

Jom Meriahkan Festival Gamelan Sedunia 2010

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:D6TvOnf3Io605M::&t=1&usg=__aIX-VzfOj4CioZlnNiCgEChHH-k=
Festival Gamelan Sedunia 2010 kembali lagi... Ia  lebih dekat di hati kita bila Terengganu menjadi penaung bagi seni Gamelan tanah air. Hiburan yang baik dan memberi nilai yang tinggi kepada kita terutama generasi akan datang..


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:SC5eD7ulnNwwWMMungkin ramai yang sudah lupa bahkan ada yang baru pertama kali mendengar perkataan Gamelan.. Jadi, inilah masanya untuk anda menimba pengetahuan dalam bidang seni dan yang penting ia menjadi pengalaman yang tidak ternilai harganya..



Butiran mengenai Festival Gamelan Sedunia 2010;

Tarikh : 23-26 Julai 2010
Tempat : Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Penganjur : Kerajaan Negeri Terengganu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidGmB8yKw9joJzIkblSbAp8PuZCiPteDhH3ERv9dgDIvLeQVI42HHr1-n_V4O-kzz6MeIn3OW797-82D93ZbhIKHxgfmGoEJMpIq-DsrtStDRCUf0mGM6UN6EK6t87J3sxTTO0BX3zMR0/s400/Horizon33_14-4-2010_28-52-8.jpg





Ulek Mayang sejenis tarian pemujaan di zaman dahulu...

 
Tarian Ulek Mayang sangat terkenal di Terengganu suatu masa dahulu...



Tarian Ulek Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar.

Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.

Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nada memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.

Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:


Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa

Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng
( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )


Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini