Memaparkan catatan dengan label taman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman. Papar semua catatan

Aktiviti Riadah lebih menarik di Taman Rekreasi Bakau Tinggi


 
Hutan Simpan Bakau Tinggi  merupakan tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti luar yang cantik dan mencabar. Kedudukannya yang terletak di daerah Kemaman, Cukai memberi kelebihan kepada penduduk tempatan datang berkunjung sambil menikmati kehidupan flora dan fauna yang masih segar dan terpelihara.





1. Jalan perhubungan yang baik.
  1. Dari Jalan utama bandar Cukai : 10km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti, tempat letak kereta, tandas, tempat berteduh, susur gajah, dan pelbagai kemudahan asas yang lain.
4. Kemudahan penginapan seperti di ;
  1. Awana Kijal Resort
  2. Hotel Cukai Utama
  3. New Sri Buana Hotel



gambar akan menyusul tidak lama lagi.....


 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Lebih 30 Spesis Burung di Taman Burung Kuang

Pelbagai spesis burung dapat anda temui di sini.


 
 Taman Burung Kuang di Ajil, Kuala Berang merupakan satu taman burung yang terbesar di malaysia dengan keluasan kira-kira 1.7 hektar. Pelbagai spesis burung dapat anda lihat dan kagumi kerana ia jarang ditemui di tempat lain...


1. Pelbagai spesis burung boleh dilihat.
2. Jalan menuju ke suatu tempat di tunjukkan dengan jelas.
3. Pelbagai kemudahan disediakan.



Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman...

http://commondatastorage.googleapis.com/static.panoramio.com/photos/original/23961810.jpg



Tidak ramai yang mengenali Zoo Kemaman kerana kedudukannya yang terletak di tengah bandar Kemaman yang mana bukan menjadi jalan utama Utara Selatan. Namun begitu, jika anda ke Kemaman, inilah masanya untuk anda mencari tempat menarik untuk dilawati bersama anak-anak anda.

Disini, disertakan maklumat sebagai panduan anda..



1. Jalan perhubungan yang baik untuk kesana.
2. Papan tanda yang lengkap di semua persimpangan Bandar Kemaman.
3. Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. Harga tiket yang berpatutan.
5. Kenderaan khas disediakan disana.
6. pelbagai binatang ada disana.


Diantara binatang yang ada di sana..
   
    

Kenderaan Khas yang dikenali sebagai Buggy untuk kemudahan pengunjung semasa melawat Zoo Mini Kemaman.
 
 




Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




http://mpk.terengganu.gov.my/image/image_gallery?uuid=f1a71090-81d7-4095-8a6e-efef4f17fc01&groupId=18487&t=1243496734602

Peta online


View Larger Map

Bukit Besi bukit bersejarah

 
 
Bukit Besi adalah diantara bukit yang sangat menarik di Terengganu. Bukan sahaja nilai sejarah yang tinggi malah mempunyai nilai yang tinggi juga dari sudut ekonominya.

Pengenalan:
Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur.Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah). Ia juga terletak dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor.

Laporan pemetaan Geologi Bukit Besi Syit 49, Terengganu (1975) menunjukkan Bukit Besi mengandungi selangkapis 'argillaceous' dan 'arenaceous'. Ia terdiri daripada sabak, serpih, fikit dan argilit. Kajian ini termasuk Hutan Simpan Jerangau, Terengganu pada 1975 oleh Jabatan Geologi Malaysia.

Sejarah:
Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). [2] Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui pantai timur Semenanjung Malaysia. Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.[3] Pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api menelan kos yang tinggi kerana curahan hujan yang lebat, banjir semasa musim tengkujuh di Terenganu. Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan kereta api. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.[4] Tiga pekerja dari South Manchurian Railway telah dibawa masuk untuk membina landasan kereta api di kawasan lombong bijih timah ini. Ia dikendalikan oleh Genichiro Watanabe. Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.



1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Dungun : 40 minit
  2. Dari Besut : 20 minit @ 35km dari Kuala Besut
  3. Dari Kuala Terengganu : 2 jam 15 minit
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Sesuai untuk perkelahan dan kursus
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Chelet atau resort disediakan.


Akan di muat naik tidak lama lagi...





Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




 Peta destinasi.. 








 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini