Memaparkan catatan dengan label dungun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dungun. Papar semua catatan

Air Terjun Chemerong yang tertinggi di Terengganu..



Air Terjun Chemerong merupakan air terjun tertinggi di negeri Terengganu. Dengan ketinggian mencapai 305 meter dari paras laut pasti memukau pandangan pengunjung yang datang kesini. Kecantikan alam yang masih segar dan terjaga menambahkan lagi keseronokkan dalam menilai keindahan ciptaan Tuhan.
Untuk sampai ke puncak bukit, 2 jam diperlukan melalui jalan yang telah ditetapkan. Air terjun Chemerong sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan ekspidisi mendaki. 
Anda pasti berpuas hati dan gembira setelah sampai ke puncak bukit. Pengalaman melihat sendiri air mata air yang keluar dari celah-celah akar pokok dan seterusnya membentuk alur yang menjadi air terjun.
Kepenatan yang dilalui terus hilang setelah anda berendam di kolam puncak Chemerong ... Jangan lepaskan peluang ini merancang percutian anda ke sini...




1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Kuala Terengganu : 100km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Chalet disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sana.
6. Sesuai untuk ekspidisi/ jungle tracking.





 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Pantai Teluk Bidara yang terbaik di Pantai Timur

Pantai Teluk Bidara yang cantik terbentang luas...
 
Satu lagi kelebihan bagi negeri Terengganu dan Dungun khursusnya kerana mempunyai Pantai yang cantik dan menarik. Kedudukannya yang tidak jauh dari bandar Dungun memberi kelebihan terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan persisiran pantai Teluk  Bidara. Pantai ini bukan sahaja cantik dari segi bentuknya malah air lautnya juga sangat bersih dan cetek.
Pastikan anda membawa ahli keluarga anda untuk mandi dan melakukan aktiviti riadah di sini...



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Dungun: 5 minit
2. Mempunyai papantanda yang banyak untuk ke destinasi.
3. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan.
4. Penginapan yang berhampiran sangat banyak disediakan seperti di Tanjung Jara Resort.



 





Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Catatkan pengalaman anda di Rantau Abang...

http://mpd.terengganu.gov.my/html/themes/trg_mdd/images/trg_mdd/Rantau%20Abang.JPG

Penyu menjadi simbolik bagi negeri Terengganu. Ini kerana, kedudukan pantai Terengganu yang mengadap Laut China Selatan memberi ruang yang luas kepada spisis penyu untuk naik bertelur bagi meneruskan generasinya yang kian pupus. Diantara pantai yang terkenal yang menjadi persinggahan penyu ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.



Tips
Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur
Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893

Penginapan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893


http://assets.panda.org/img/leatherback_eggs_109261_258024.jpg                           http://www.ezytravel.com/contents/redang/image/rantau%20abang.jpg.


 



Pulau Tenggul Pulau Menarik dan Cantik





Suatu kelebihan bagi negeri Terengganu ialah mempunyai pulau yang cantik dan indah untuk dilawati. Tahukah anda dengan nama pulau ini iaitu Pulau Tenggul. Pulau yang terletak di daerah Dungun ini masih segar dan mengekalkan alam semujadi yang tinggi.
Inilah waktu yang sesuai untuk anda membawa ahli keluarga jauh dari kesibukan kota. Pasti anda teruja bila sampai disana nanti.
Kepada mereka yang gemar memancing, inilah tempat persinggahan yang baik untuk merasaik kenikmatan tarikan ikan besar di laut....









1. Pengankutan ke Pulau di sediakan diantaranya, bot penumpang di jeti Dungun.
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Tempat penginapan seperti resort dan rumah tumpangan disediakan dengan bayaran yang berpatutan







Gambar akan menyusul tidak lama lagi....






Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar






Lokasi Pulau Tenggul

View Larger Map

Bukit Besi bukit bersejarah

 
 
Bukit Besi adalah diantara bukit yang sangat menarik di Terengganu. Bukan sahaja nilai sejarah yang tinggi malah mempunyai nilai yang tinggi juga dari sudut ekonominya.

Pengenalan:
Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur.Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah). Ia juga terletak dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor.

Laporan pemetaan Geologi Bukit Besi Syit 49, Terengganu (1975) menunjukkan Bukit Besi mengandungi selangkapis 'argillaceous' dan 'arenaceous'. Ia terdiri daripada sabak, serpih, fikit dan argilit. Kajian ini termasuk Hutan Simpan Jerangau, Terengganu pada 1975 oleh Jabatan Geologi Malaysia.

Sejarah:
Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). [2] Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui pantai timur Semenanjung Malaysia. Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.[3] Pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api menelan kos yang tinggi kerana curahan hujan yang lebat, banjir semasa musim tengkujuh di Terenganu. Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan kereta api. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.[4] Tiga pekerja dari South Manchurian Railway telah dibawa masuk untuk membina landasan kereta api di kawasan lombong bijih timah ini. Ia dikendalikan oleh Genichiro Watanabe. Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.



1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Dungun : 40 minit
  2. Dari Besut : 20 minit @ 35km dari Kuala Besut
  3. Dari Kuala Terengganu : 2 jam 15 minit
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Sesuai untuk perkelahan dan kursus
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Chelet atau resort disediakan.


Akan di muat naik tidak lama lagi...





Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




 Peta destinasi.. 








 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini