Memaparkan catatan dengan label setiu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label setiu. Papar semua catatan

Cabaran mendaki Gunung Tebu....

 
Pemandangan di puncak Gunung Tebu


Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti lasak, mendaki Gunung Tebu merupakan cabaran yang hebat untuk menguji kebolehan anda. Gunung Tebu menyimpan pelbagai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Antaranya ialah, ia menjadi tempat pertapaan bagi pesilat di zaman dahulu kala. Dari segi geografinya juga, ia sangat cantik dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian.

Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Besut dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari.

Setelah penat mendaki, anda bolehlah membasahkan badan di air terjun yang menurun dari puncak gunung..

Mereka yang ingin mendaki gunung Tebu akan menjalani pemeriksaan rutin dan diberikan taklimat pegawai Jabatan Perhutanan, sebelum memasuki hutan. Setiap peserta perlu memiliki pas yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.


1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Jalan utama Setiu Besut : 2km
  2. Dari Jertih : 30 minit
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti, tempat parking yang luas dan selamat. Tempat penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam disana.
4. Panduan mendaki serta tunjuk arah disediakan bagi pengunjung untuk ke puncak gunung.
5. Sebarang masalah bolehlah diajukan kepada Jabatan Perhutanan yang disediakan disana.





 
Sungai yang tenang dan sejuk menanti anda di puncak gunung..


 
Pemandangan di Gunung Tebu..


Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Cerita Kaki Pancing di Pantai Merang

 
Banyak tempat yang sesuai bagi mereka yang gemar memancing...




Pantai Merang boleh diibaratkan sebagai syurga bagi kaki pancing. Dengan pelbagai kemudahan serta tempat yang sesuai, anda pasti seronok dan berpuas hati menghayunkan jorang ke laut....
Walaupun pantai ini agak sunyi kerana kedudukannya yang agak kedalam dari jalan utama, namun pelbagai aktiviti menanti anda disana...




1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuala Terengganu: 1.30 minit
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
3. Penginapan yang berhampiran sangat banyak.
4. Mempunyai ruang mandi yang cantik dan cetek, sesuai untuk keluarga
5. Tempat yang amat sesuai bagi kaki pancing...











Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar



Lata Cakah Amat sesuai bagi yang berkeluarga...

Bawa keluarga anda menikmati keseronokan mandi di Lata Cakah

Lata Cakah tidak memiliki air terjun yang tinggi namun keunikan tempat perkelahan itu ialah sungainya dipenuhi dengan batu-batu dan dikelilingi oleh flora dan fauna yang begitu mempesonakan termasuklah pelbagai specis ikan bagi mereka yang gemar memancing.




1. Jalan perhubungan yang baik.
  1. Dari Kampung Buluh, Setiu : 10km
2. Tempat parking kenderaan yang lapang
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.






[A.jpg] 


Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Pantai Penarik yang panjang dan tenang..

 
Pantai Penarik yang panjang dan tenang...


Sekiranya anda dari Kota Bahru untuk ke Kuala Terengganu atau sebaliknya, bolehlah melalui jalan kedua iaitu dipanggil dengan jalan pantai. Di sepanjang perjalanan tersebut anda akan ditemani dengan deruan ombak dan angin yang menyegarkan.
Setelah memasuki daerah Setiu, anda bolehlah berhenti di persisiran Pantai Penarik. Berehatlah seketika bagi menghilangkan penat yang ada. Pantai ini juga sangat sesuai untuk anda melaksanakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan.



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuala Terengganu : 1 jam
  2. Dari Kota Bahru : 2 jam
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
5. Penginapan yang berhampiran sangat banyak seperti Nelayan Beach Resort dan banyak lagi..







Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Air Terjun Lata Payong yang indah






Masih ramai yang belum mengenali Air Terjun Lata Payong... Tempatnya yang masih mengekalkan alam semulajadi yang asli sangat menenangkan pengunjung yang datang bertandang ke sini.
Kepada mereka yang melalui daerah Setiu atau memang mempunya tujuan disini. Ada baiknya jika rancangan anda ditambah sedikit dengan program mandi-manda di Lata Payong.
Tempatnya yang nyaman dan jarang dilawati memberi ketenangan dan kepuasan kerana anda boleh berehat, bermain dan melakukan aktiviti lebih lama.
Untuk pengetahuan anda, TV3 pernah menyiarkan tempat  menarik ini kerana berlaku kemalangan dimana 2 pelajar mati lemas kerana dibawa arus deras atau dipanggil Kepala Air. Namun patut diingat, dimana sahaja air terjun berada, pasti fenomena Kepala Air akan berlaku apabila hujan turun. Jadi, keselamatan anda adalah tanggungjawab sendiri.




1. Jalan perhubungan yang baik.
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.




Gambar akan menyusul tidak lama lagi....





Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Kuala Terengganu ke destinasi..


View Larger Map

Felda Chalok Barat, Penempatan terancang yang cantik..


Kali ini kami akan menceritakan tentang penempatan terancang iaitu FELDA. Tentu masih ramai yang belum mengenali Felda Chalok Barat. Felda Chalok Barat merupakan sebuah felda di dalam negeri Terengganu. Felda ini terletak antara jalan negeri yang menghubungkan Kuala Terengganu- Kota Bharu. Walaupun kedudukan felda ini agak terlindung bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan ini, namun pada hari nama Felda Chalok Barat sudah pun dikenali bukan sahaja di negeri ini malah di Seluruh Malaysia.




Sebelum tiba di Felda ini anda semua akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah dengan rimbunan pokok getah dan kelapa sawit. Felda ini telah diwujudkan lebih 35 tahun dahulu dengan jumlah peneroka seramai 200 orang. Walaupun Felda Chalok Barat tidak tersohor seperti tanah rancangan yang lain tetapi Chalok Barat juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.



Disini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda semua nikmati. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Balai Polis, D”Mart Market,masjid, Sekolah Rendah , Sekolah Agama, Dewan Serbaguna , Padang , Taman Permainan, dan banyak lagi. Selain itu, Felda ini juga mempunyai Kilang Memproses Getah Susu. Getah-getah yang diproses ini dibawa dari seluruh Malaysia seperti Kedah, Perlis dan ada juga dari Johor.






Selain daripada hasil kelapa sawit yang diperoleh peneroka di sini, ada juga yang menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menghasilkan produk desa seperti membuat budu, memelihara lembu dan ikan talapia, mengusahakan kebun limau madu dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, budu yang dihasilkan di sini iaitu Budu Selara Kampung telah mendapat pasaran bukan sahaja di negeri Terenganu malah di seluruh pelosok Malaysia. Tanya sahaja budu chalok barat sudah pasti ramai yang mengenalinya.




Belia-belia disini juga melakukan perkara yang berfaedah seperti membuka bengkel, menjual burger, dan sebaginya. Dengan ini segala kenyataan ataupun pandangan orang luar terhadap belia-belia felda yang suka berlumba, mencuri dan hisap dadah tidak sekali benar. Mereka adalah pewaris kepada Felda-felda di seluruh Malaysia.


Sekian sahaja buat waktu ini semoga berjumpa lagi. Dengan ini diharapkan agar Felda di seluruh Malaysia terutamanya Felda Chalok Barat akan terus maju..

Peta dari Kuala Terengganu Ke Destinasi

View Larger Map

Suasana Kampung nan Indah Permai

Angin menderu memukul ombak, sungguh tenang hati melihat. Suasana kampung di Terengganu sungguh asyik dan permai..





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini