Memaparkan catatan dengan label pantai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantai. Papar semua catatan

Cerita Kaki Pancing di Pantai Merang

 
Banyak tempat yang sesuai bagi mereka yang gemar memancing...




Pantai Merang boleh diibaratkan sebagai syurga bagi kaki pancing. Dengan pelbagai kemudahan serta tempat yang sesuai, anda pasti seronok dan berpuas hati menghayunkan jorang ke laut....
Walaupun pantai ini agak sunyi kerana kedudukannya yang agak kedalam dari jalan utama, namun pelbagai aktiviti menanti anda disana...




1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuala Terengganu: 1.30 minit
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
3. Penginapan yang berhampiran sangat banyak.
4. Mempunyai ruang mandi yang cantik dan cetek, sesuai untuk keluarga
5. Tempat yang amat sesuai bagi kaki pancing...











Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar



Penempatan Nelayan di Pantai Batu Rakit ..

Nikmati suasana tenang di Pantai Batu Rakit sambil 
memerhatikan nelayan naik selepas ke laut..

Pantai Batu Rakit merupakan suatu destinasi yang boleh dikatakan menarik juga kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri...
Sambil bersantai menjamu selera di pesisir pantai, anda boleh memerhatikan para nelayan yang sehari suntuk mencari rezeki di laut...
Anda boleh memilih sendiri ikan segar dengan harga yang berpatutan...



1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Kuala Terengganu : 15km
2. Tempat parking kenderaan yang lapang dan selesa...
3. Pelbagai gerai makanan disediakan sepanjang jalan menuju pantai...
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Boleh melaksanakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan..




 



Pantai Kemasik Terkenal dikalangan penduduk tempatan

Kilauan pasir kekuningan di Pantai Kemasik.



Suatu kelainan menanti anda apabila mengunjungi Pantai Kemasik. Kelainan ini terletak pada pasir pantainya yang bersinar keemasan memberi suatu nilai yang tinggi kepada mereka yang tahu menghargai ciptaan Tuhan. Walaupun pantai ini tidak terkenal dibandingkan dengan pantai yang lain, namun sedikit keistimewaan ini, memberi suatu pengalaman yang berguna untuk anda....



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuantan : 2 jam
  2. Berhampiran dengan Awana Kijal Beach, Golf & Spa Resort.
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
3. Penginapan yang berhampiran sangat banyak seperti Nelayan Beach Resort dan banyak lagi..
4. Mempunyai ruang mandi yang cantik dan cetek, sesuai untuk keluarga
5. Tempat yang sesuai bagi jurufoto .




Gambar akan menyusul tidak lama lagi....






Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Pantai Penarik yang panjang dan tenang..

 
Pantai Penarik yang panjang dan tenang...


Sekiranya anda dari Kota Bahru untuk ke Kuala Terengganu atau sebaliknya, bolehlah melalui jalan kedua iaitu dipanggil dengan jalan pantai. Di sepanjang perjalanan tersebut anda akan ditemani dengan deruan ombak dan angin yang menyegarkan.
Setelah memasuki daerah Setiu, anda bolehlah berhenti di persisiran Pantai Penarik. Berehatlah seketika bagi menghilangkan penat yang ada. Pantai ini juga sangat sesuai untuk anda melaksanakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan.



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuala Terengganu : 1 jam
  2. Dari Kota Bahru : 2 jam
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
5. Penginapan yang berhampiran sangat banyak seperti Nelayan Beach Resort dan banyak lagi..







Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Pantai Teluk Bidara yang terbaik di Pantai Timur

Pantai Teluk Bidara yang cantik terbentang luas...
 
Satu lagi kelebihan bagi negeri Terengganu dan Dungun khursusnya kerana mempunyai Pantai yang cantik dan menarik. Kedudukannya yang tidak jauh dari bandar Dungun memberi kelebihan terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan persisiran pantai Teluk  Bidara. Pantai ini bukan sahaja cantik dari segi bentuknya malah air lautnya juga sangat bersih dan cetek.
Pastikan anda membawa ahli keluarga anda untuk mandi dan melakukan aktiviti riadah di sini...



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Dungun: 5 minit
2. Mempunyai papantanda yang banyak untuk ke destinasi.
3. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan.
4. Penginapan yang berhampiran sangat banyak disediakan seperti di Tanjung Jara Resort.



 





Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan penduduk kota..

 
Pantai Batu Buruk yang bersih dan nyaman....


Kedudukan pantai Batu Buruk yang strategik menjadikan ia mudah untuk dilawati terutama kepada mereka yang berada di Kuala Terengganu. Pantai ini juga mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana ia merupakan tempat tumpuan bagi masyarakat dahulu untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.
Diantara aktiviti yang menarik disini yang dijalankan setiap tahun pada masa dahulu ialah Pesta Pantai. Ia dilaksanakan sempena selepas musim menuai...
Kedudukannya yang berhampiran dengan hospital besar negeri menyebabkan ia lebih dikenali dan menjadi tumpuan terutama pelawat yang datang ke hospital...
Apapun alasan anda, kehadiran anda kesini amat dinanti-nantikan...



1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.

  1. Dari Kuala Terengganu : 5 minit
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Berhampiran dengan Hospital Kuala Terengganu
4. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan.
5. Penginapan yang berhampiran sangat banyak seperti hotel Primula Resort dan banyak lagi..



















Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Catatkan pengalaman anda di Rantau Abang...

http://mpd.terengganu.gov.my/html/themes/trg_mdd/images/trg_mdd/Rantau%20Abang.JPG

Penyu menjadi simbolik bagi negeri Terengganu. Ini kerana, kedudukan pantai Terengganu yang mengadap Laut China Selatan memberi ruang yang luas kepada spisis penyu untuk naik bertelur bagi meneruskan generasinya yang kian pupus. Diantara pantai yang terkenal yang menjadi persinggahan penyu ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.



Tips
Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur
Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893

Penginapan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893


http://assets.panda.org/img/leatherback_eggs_109261_258024.jpg                           http://www.ezytravel.com/contents/redang/image/rantau%20abang.jpg.


 



Telusuri Pantai Terengganu dari Utara Ke Selatan...

http://www.malaysiahotelreview.com/terengganu/destination/pantai-penarik/thumbnails/01.jpg

http://www.malaysiahotelreview.com/terengganu/destination/pantai-penarik/thumbnails/02.jpg____http://www.malaysiahotelreview.com/terengganu/destination/pantai-penarik/thumbnails/03.jpg____http://www.malaysiahotelreview.com/terengganu/destination/pantai-penarik/thumbnails/05.jpg 

Suatu kelebihan bagi negeri Terengganu iaitu mempunya persisiran pantai yang panjang, cantik dan bersih. Jika anda datang dari Selatan menuju ke Utara, bolehlah memandu di sepanjang pesisir pantai dengan suasana yang tenang dan menarik. 

Untuk pengetahuan semua, Terengganu mempunyai hampir 10 tempat atau pantai menarik yang boleh dilawati. Diantaranya,   Teluk Bidara, Rantau Abang, Pantai Penarik, Pantai Kemasik, Pantai Merang, Batu Rakit, Batu Buruk dan beberapa lagi yang dikenali dengan nama kampung berhampiran.

Kami akan kongsikan lagi mengenai pantai di Terengganu pada artikel akan datang....





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini