Air Terjun Chemerong yang tertinggi di Terengganu..



Air Terjun Chemerong merupakan air terjun tertinggi di negeri Terengganu. Dengan ketinggian mencapai 305 meter dari paras laut pasti memukau pandangan pengunjung yang datang kesini. Kecantikan alam yang masih segar dan terjaga menambahkan lagi keseronokkan dalam menilai keindahan ciptaan Tuhan.
Untuk sampai ke puncak bukit, 2 jam diperlukan melalui jalan yang telah ditetapkan. Air terjun Chemerong sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan ekspidisi mendaki. 
Anda pasti berpuas hati dan gembira setelah sampai ke puncak bukit. Pengalaman melihat sendiri air mata air yang keluar dari celah-celah akar pokok dan seterusnya membentuk alur yang menjadi air terjun.
Kepenatan yang dilalui terus hilang setelah anda berendam di kolam puncak Chemerong ... Jangan lepaskan peluang ini merancang percutian anda ke sini...




1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Kuala Terengganu : 100km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Chalet disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sana.
6. Sesuai untuk ekspidisi/ jungle tracking.





 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Pesta Tanglung Semarakkan semangat 1Malaysia...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk7jkHzRA7i-n4itQ6JdzH9tWlYOPmlsYXpsQVSAQDisU24eV0UBdCkWV1_XlbtDHGHlNlaBrjYiv2SRUKrouSwqootQlfkccFq1U6GMXDqVbd2o8jMnu37jTJ4MYp5davSKbzHt18mMZ4/
Kemeriahan Pesta Tanglung Peringkat Negeri Terengganu yang disambut oleh semua lapisan masyarakat.


Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Pesta Tanglung Peringkat Negeri pada 12 - 23 September 2010 bertempat di Kampung Cina Kuala Terengganu. 
Program ini menunjukkan semangat kekitaan yang sangat tinggi seterusnya menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pesta tersebut. Pelbagai program menanti anda...




Gambar akan menyusul tidak lama lagi...

 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar




Pasar Minggu menjadi daya tarikan baru Terengganu...


Suasana pasar minggu di Kuala Berang dengan pelbagai barangan keperluan dijual..


Setelah penat melancong ke tempat-tempat yang menarik di Terengganu, anda bolehlah mencari barang keperluan di pasar minggu berdekatan dengan tempat anda. Bagi penduduk Kuala Berang, pasar minggu akan dibuka pada setiap pagi Jumaat seawal jam 7 pagi dan berlanjutan sehingga jam 11 pagi. Pelbagai keperluan harian boleh didapati disana seperti sayur-sayuran, laut basah, pakaian, kuih muih dan banyak lagi.
Di pasar juga kebiasaannya terdapat suatu daya tarikan yang unit iaitu si penjual ubat yang mempunyai cara dan persembahan yang tersendiri. Penjual ubat biasanya akan menarik pelanggan untuk membeli ubat dengan pelbagai cara seperti, demontrasi, gambar, alat-alat yang pelik dan ada yang membuat persembahan ular.




1. Kebiasaanya berdekatan dengan kawasan anda di Terengganu.
2. Mempunyai pelbagai nama seperti; Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu, Pasar Rabu, Pasar Maghrib dan banyak lagi...
3. Pelbagai barangan keperluan dijual.
4. Harga boleh dirunding.
5. Boleh melihat pelbagai telatah manusia.
6. Ada Makanan yang jarang ditemui pada hari-hari biasa dijual disana.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW6C9gs_OwZzIUXd3mh6Nz1OfpUgURkus5IS0lT-h7bR62Vx6SK73Qqc3o0o4fZ832R8coOdFfAMhGdfer1hYEPneOkhDWw7bRz0iZkSEFhgmAWoeClZbrKfqPTPGbbLzswIFuEFK-Ar2f/


 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Merasai kenikmatan berendam di Kolam Air Panas La

Banyak kelebihan berendam di kolam air panas terutama untuk kesihatan badan..


Kolam Air Panas La yang terkenal di daerah Besut menjanjikan banyak kelebihan terutama kepada mereka yang sangat menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Anda dapat perhatikan mata air panas keluar di celah-celah batu sehingga membentuk kolam air panas. suatu bau akan terhasil iaitu bau sulfur dan ia merupakan kebiasan di kolam air panas.Bagi mereka yang mempunyai sakit kulit, bolehlah mencuba terapi air panas dengan berendam di sini.


1. Jalan perhubungan yang baik.
  1. Dari Jerteh : 25km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Kemudahan tempat letak kereta yang luas.
6. Chalet disediakan bagi mereka yang ingin bermalam.

















 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar





Jom Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Ronda-ronda Kuala Terengganu dengan Bas Bandar..

Sungguh seronok melihat pemandangan yang indah dan cantik di sekitar Kuala Terengganu.. Bangunan baru dan lama menghiasi pemandangan disekiling memberi suatu nilai yang tinggi bagi mereka yang tahu menilai keindahan warisan kita. Dengan pelbagai kemudaha, Kuala Terengganu kini mengorak langkah menjadi Status Bandaraya yang digelar Bandaraya Pesisir Air.. 
Bagi mereka yang belum pernah ke Kuala Terengganu, satu hari tidak cukup untuk anda melihat kesemua tempat menarik di sini. Bermalam di Kuala Terengganu menjanjikan 1001 keseronokan dengan pelbagai pilihan dan citarasa.
Datang dan kongsilah pengalaman anda kepada semua rakan dan sanak saudara bahawa anda memperoleh pengalaman yang sangat menyeronokan sepanjang melawat Kuala Terengganu....



1. Merupakan Pusat pentadbiran Terengganu
2. Pelbagai kemudahan disediakan.
3. Menjadi ibu negeri bagi negeri Terengganu.
4. Daerah yang wajib dilawati oleh semua....






Pusat Penerangan Pelancongan Pasti Memberi Infomasi Berguna untuk anda..



Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu ( Terengganu Tourist Infomation Centre ) merupakan satu tempat yang sangat berguna kepada para pelancong yang datang ke negeri ini. Disini, anda akan memperolehi pelbagai maklumat penting terutama dalam merancang perjalanan untuk ke destinasi yang ingin dikunjungi... Anda pasti berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas di TIC.
Terdapat empat TIC disediakan di seluruh Terengganu. 




1. Layanan yang baik menanti anda..
2. Pelbagai bahan diberikan secara percuma.
3. Lokasi TIC yang strategi dan senang dituju.
4. Pelbagai pakej disediakan seperti pakej penginapan, keluarga, berbulan madu dan banyak lagi...






TIC Bukit Puteri
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Telephone No: 609-622 1553
Fax No: 609-622 1957
         
TIC Kuala Besut
22200, Besut,
Terengganu Darul Iman
         
TIC Geliga
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Malaysia
Telephone : 609-868 7600
Fax : 609-622 1957
         
TIC Tasik Kenyir
Pengkalan Gawi
Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia
Telephone : 609-626 7788/666 8498
Fax : 609-666 7657/666 8979 />

Rumah Ibadat penganut Buddha di Jalan Kampung Cina...


Masyarakat Cina di Terengganu hidup aman dan harmoni dan 
bebas untuk melaksanakan pegangan mereka...


Jalan Kampung Cina tidak asing bagi masyarakat Terengganu dan ia menjadi kemestian kepada pelancong untuk melalui jalan ini kerana beberapa tempat utama menggunakan jalan tersebut. 
Struktur bangunan lama di sepanjang jalan menunjukkan pembinaanya seawal tahun 50an. Masyarakat cina disini sangat baik dan mesra kepada siapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. 
Disana terdapat sebuah rumah ibadat bagi penganut Buddha dikenali dengan nama Candi Ho Ann Kiong . Ia juga memberi sumbangan yang besar kepada sektor pelancongan kerana ada pelancong terutama dari negara China dan Jepun ingin melaksanakan lawatan ke rumah ibadat mereka.



Gambar akan menyusul tidak lama lagi...

 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar



Kilauan Cahaya dari pantulan Masjid Kristal...

 
Senibina Masjid Kristal mengagungkan lagi tamadun Islam ....



Keselesaan dalam melaksanakan solat dapat meningkatkan kekusyukan kita dalam menyembah Tuhan yang Maha Esa. Di sini, anda akan merasai kenyamanan dengan keindahan reka bentuk yang moden dan terkini.
Pelbagai kemudahan disediakan di masjid ini seperti tempat wudhu automatik, sistem audio yang terkini serta paparan multimedia.



http://tti.com.my/sites/default/files/imagepicker/4/masjid_kristal.jpg 
Sumber:  TTI

 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

 


Laksam hanya terdapat di Terengganu sahaja....

 
Sarapan pagi dengan laksam menjadi menu tambahan masyarakat Terengganu



Laksam merupakan sejenis makanan yang biasanya dimakan pada waktu pagi






 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini