400 pemuda persembah Dikir Besut 2 Oktober



Idris Jusoh (tengah) mengetuai latihan persembahan dikir barat di Kampung Tok Motong, Besut, kelmarin.


BESUT 27 Sept. - Sekumpulan 400 pemuda akan bergabung tenaga bagi mempersembahkan Dikir Besut sempena Sambutan Aidilfitri UMNO Perhubungan Terengganu di Dataran Putra Kampung Raja 2 Oktober ini.
Mereka sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan yang bakal dipertontonkan di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB), Rozali Embong berkata, Dikir Besut merupakan idea yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, senikata dihasilkan sendiri oleh Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut yang mengetengahkan beberapa keistimewaan dan lokasi menarik di daerah itu.
"Antaranya, Pusat Minda, Sekolah Menengah Imtiaz yang akan menjana generasi Ulul Albab, Masjid Hadhari dan lokasi pelancongan menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu dan Pantai Bukit Keluang," katanya di sini semalam.
Malam tadi, Idris turut turun padang bagi memberi semangat kepada peserta yang mengadakan latihan di Kampung Tok Motong dan Sanggar Budaya di Kampung Gong Gucil.
Idris meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melihat sendiri latihan yang diadakan di samping menyertai dikir bersama kumpulan itu.
Rozali menambah, persembahan akan diiringi oleh kumpulan muzik Gabungan Muzik Tradisi (Gamutra) Besut yang menggabungkan pelbagai permainan alatan muzik tradisi.

sumber : Utusan Malaysia





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini