Masjid Putih petanda perkembangan Islam Terengganu

Tempat paling selamat di bumi adalah di rumah-rumah ibadat....

Jika ke terengganu, tidak kira apa jua fahaman, Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan rumah ibadat bagi menunaikan tuntutan agama.


Bagi Penganut Islam... Sebaik sahaja azan berkumandang, carilah surau atau masjid yang berdekatan di seluruh Negeri Terengganu...

Kali ini, kami akan perkenalkan sebuah masjid bagi umat Islam menunaikan solat. Ia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu iaitu Masjid Abidin atau juga dikenali sebagai Masjid Putih..


Sejarah:

Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.


Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan. Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin.

Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini. Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.

Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.

Keistimewaan :
1. Mudah ditemui kerana kedudukannya yang strategik.
2. Kemudahan pengangkutan awam seperti beca disediakan untuk ke sana.
3. Tempat letak kereta yang mencukupi.
4. Selesa, bersih dan luas..

Bagaimana ke Sana:
1. 200m dari Hentian Bas Kuala Terengganu.
2. 100m dari Pasar Payang Kuala Terengganu







 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini