Felda Chalok Barat, Penempatan terancang yang cantik..


Kali ini kami akan menceritakan tentang penempatan terancang iaitu FELDA. Tentu masih ramai yang belum mengenali Felda Chalok Barat. Felda Chalok Barat merupakan sebuah felda di dalam negeri Terengganu. Felda ini terletak antara jalan negeri yang menghubungkan Kuala Terengganu- Kota Bharu. Walaupun kedudukan felda ini agak terlindung bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan ini, namun pada hari nama Felda Chalok Barat sudah pun dikenali bukan sahaja di negeri ini malah di Seluruh Malaysia.




Sebelum tiba di Felda ini anda semua akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah dengan rimbunan pokok getah dan kelapa sawit. Felda ini telah diwujudkan lebih 35 tahun dahulu dengan jumlah peneroka seramai 200 orang. Walaupun Felda Chalok Barat tidak tersohor seperti tanah rancangan yang lain tetapi Chalok Barat juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.



Disini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda semua nikmati. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Balai Polis, D”Mart Market,masjid, Sekolah Rendah , Sekolah Agama, Dewan Serbaguna , Padang , Taman Permainan, dan banyak lagi. Selain itu, Felda ini juga mempunyai Kilang Memproses Getah Susu. Getah-getah yang diproses ini dibawa dari seluruh Malaysia seperti Kedah, Perlis dan ada juga dari Johor.






Selain daripada hasil kelapa sawit yang diperoleh peneroka di sini, ada juga yang menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menghasilkan produk desa seperti membuat budu, memelihara lembu dan ikan talapia, mengusahakan kebun limau madu dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, budu yang dihasilkan di sini iaitu Budu Selara Kampung telah mendapat pasaran bukan sahaja di negeri Terenganu malah di seluruh pelosok Malaysia. Tanya sahaja budu chalok barat sudah pasti ramai yang mengenalinya.




Belia-belia disini juga melakukan perkara yang berfaedah seperti membuka bengkel, menjual burger, dan sebaginya. Dengan ini segala kenyataan ataupun pandangan orang luar terhadap belia-belia felda yang suka berlumba, mencuri dan hisap dadah tidak sekali benar. Mereka adalah pewaris kepada Felda-felda di seluruh Malaysia.


Sekian sahaja buat waktu ini semoga berjumpa lagi. Dengan ini diharapkan agar Felda di seluruh Malaysia terutamanya Felda Chalok Barat akan terus maju..

Peta dari Kuala Terengganu Ke Destinasi

View Larger Map





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini