Jata Kebesaran Negeri Terengganu



Jata atau Lambang Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa pembesar di negeri ini.

Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa (Dato' Mata-mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.


Lambang Kebesaran Negeri ini mengandungi:



1. Bulan Bintang:
Melambangkan Negeri Islam.

2. Mahkota:
Melambangkan Pemerintahan Di Raja.

3. Pedang dan keris panjang:
Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri.

4. Quran:
Di sebelah kanan melambangkan undang-undang.

5. Buku Undang-undang:
Di sebelah kiri melambangkan keadilan.

6. Wali/Selampai:
Melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.


Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu "Jawatan Kerajaan Terengganu". Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua iaitu dua cokmar telah ditambah dan perkataan "Jawatan Kerajaan" dihapuskan manakala perkataan "Terengganu" dikekalkan.





 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini