Masih ramai yang belum mengenali Air Terjun Lata Payong... Tempatnya yang masih mengekalkan alam semulajadi yang asli sangat menenangkan pengunjung yang datang bertandang ke sini.
Kepada mereka yang melalui daerah Setiu atau memang mempunya tujuan disini. Ada baiknya jika rancangan anda ditambah sedikit dengan program mandi-manda di Lata Payong.
Tempatnya yang nyaman dan jarang dilawati memberi ketenangan dan kepuasan kerana anda boleh berehat, bermain dan melakukan aktiviti lebih lama.
Untuk pengetahuan anda, TV3 pernah menyiarkan tempat menarik ini kerana berlaku kemalangan dimana 2 pelajar mati lemas kerana dibawa arus deras atau dipanggil Kepala Air. Namun patut diingat, dimana sahaja air terjun berada, pasti fenomena Kepala Air akan berlaku apabila hujan turun. Jadi, keselamatan anda adalah tanggungjawab sendiri.
1. Jalan perhubungan yang baik.
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
Gambar akan menyusul tidak lama lagi....
Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar
Kuala Terengganu ke destinasi..
View Larger Map