Tikar mengkuang menjadi pilihan masa kini..

 
Tikar yang diperbuat dari mengkuang mempunyai kelebihan yang tersendiri..


Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar pengalas punggung kepada dinding pelindung kediaman. Kecekapan tangan diadun dengan ketekunan dan kemahiran yang tinggi boleh menghasilkan sesuatu yang menarik. Mengkuang , pandan, buluh, rotan, kercut boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan seni kraf yang menarik untuk menghasilkan bahan-bahan kegunaan seperti beg tangan, selipar, tikar dan hiasan dinding. Hasil anyaman mengkuang lebih kasar berbanding pandan yang lebih halus, licin dan berkilat dan sesuai dengan harganya yang agak tinggi berbanding mengkuang.

Corak anyaman umumnya disebut ' kelarai'. Bagaimanapun, khusus untuk tikar mengkuang, kelarainya sebagai ' ragi '.









 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini