Catatkan pengalaman anda di Rantau Abang...

http://mpd.terengganu.gov.my/html/themes/trg_mdd/images/trg_mdd/Rantau%20Abang.JPG

Penyu menjadi simbolik bagi negeri Terengganu. Ini kerana, kedudukan pantai Terengganu yang mengadap Laut China Selatan memberi ruang yang luas kepada spisis penyu untuk naik bertelur bagi meneruskan generasinya yang kian pupus. Diantara pantai yang terkenal yang menjadi persinggahan penyu ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.



Tips
Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur
Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893

Penginapan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893


http://assets.panda.org/img/leatherback_eggs_109261_258024.jpg                           http://www.ezytravel.com/contents/redang/image/rantau%20abang.jpg.


 








 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini