Kepada mereka yang belum menjamah nasi dagang, bolehlah singgah ke negeri Terengganu seawal pagi kerana ia biasanya di jual sebagai sarapan pagi.
Diantara kedai makan tersohor yang menjual nasi dagang seperti, Kedai Nasi Dagang Mok Ngoh bertempat di jalan KT - Kuantan, dekat chendering.
Apapun, kepada mereka yang ingin mencuba sendiri di rumah, kami sediakan resipi nasi dagang istimewa negeri Terengganu...
Bahan :
2 cupak beras siam
11/2 tin susu besar beras pulut
1/2 biji kelapa
12 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia
1 sudu halba
sedikit garam dan gula
Cara Membuat:
Beras dibersihkan dan rendam selama 6 jam.
Kelapa di parut dan diambil pati sebanyak 6 gelas, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Halia bawang merah dan halba dicampur dan direndam selama sejam.
Beras dikukus sehingga masak. kemudian diangkat barulah diadun dengan air kelapa
supaya kelihatan berminyak.
Kukus sekali lagi dan masukkan halba, bawang merah dan halba serta kukus sehingga masak.
Akhir sekali tuangkan pati santan dan kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan.
Gulai Ikan Nasi Dagang
Bahan:
4 keping ikan tongkol
100 gram cili boh
5 ulas bawang merah
2 sudu rempah kurma
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sm. halia
2 keping asam keping
4 cawan santan kelapa
3 sm. lengkuah
2 biji buah keras
Cara membuat:
Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Masukkan cili dan bahan yang ditumbuk dalam periuk.Setelah itu masukkan rempah kurma dan kacau hingga wangi. Kemudian masukkan santan dan asam keping serta garam.Masak sehingga kuah menjadi pekat.