Pertandingan Melukis Citra Terengganu Kategori Terbuka 2010


Tarikh : 31 Julai hingga 2 Ogos 2010
Tempat : SPONTAN – Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Penganjur : Muzium Negeri Terengganu

Nyamannya air terjun Belukar Bukit...

Basahkan tubuh anda setelah penat berjalan menuju ke Belukar Bukit...




Belukar Bukit merupakan tempat semulajadi yang sangat sesuai untuk perkelahan dan mandi - manda.. Walaupun disini tiada air terjun tinggi namun ia mempunyai kawasan mandi yang sangat luas dan sesuai untuk mereka yang datang secara berkumpulan mahupun keluarga...





1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Jalan utama Kuala Berang : 20km
2. Mempunyai papantanda untuk ke destinasi.
3. Ruang mandi yang luas sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Chalet disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sekitar Kuala Berang.




 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar


Kuala Terengganu ke destinasi..

Cerita Kaki Pancing di Pantai Merang

 
Banyak tempat yang sesuai bagi mereka yang gemar memancing...




Pantai Merang boleh diibaratkan sebagai syurga bagi kaki pancing. Dengan pelbagai kemudahan serta tempat yang sesuai, anda pasti seronok dan berpuas hati menghayunkan jorang ke laut....
Walaupun pantai ini agak sunyi kerana kedudukannya yang agak kedalam dari jalan utama, namun pelbagai aktiviti menanti anda disana...




1. Jalan perhubungan yang baik dan mudah.
  1. Dari Kuala Terengganu: 1.30 minit
2. Kemudahan asas seperti tempat rehat, tempat makan, restoran segera, tandas, dan surau disediakan
3. Penginapan yang berhampiran sangat banyak.
4. Mempunyai ruang mandi yang cantik dan cetek, sesuai untuk keluarga
5. Tempat yang amat sesuai bagi kaki pancing...











Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar



Penempatan Nelayan di Pantai Batu Rakit ..

Nikmati suasana tenang di Pantai Batu Rakit sambil 
memerhatikan nelayan naik selepas ke laut..

Pantai Batu Rakit merupakan suatu destinasi yang boleh dikatakan menarik juga kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri...
Sambil bersantai menjamu selera di pesisir pantai, anda boleh memerhatikan para nelayan yang sehari suntuk mencari rezeki di laut...
Anda boleh memilih sendiri ikan segar dengan harga yang berpatutan...



1. Jalan perhubungan yang baik.

  1. Dari Kuala Terengganu : 15km
2. Tempat parking kenderaan yang lapang dan selesa...
3. Pelbagai gerai makanan disediakan sepanjang jalan menuju pantai...
4. Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan.
5. Boleh melaksanakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan..




 








 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini