Taman Tamadun Islam mercu tanda baru negara

 
BERATUS-RATUS pengunjung Perkampungan Hadhari tiba dengan menggunakan bot penambang di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, semalam.








KUALA TERENGGANU 2 Feb. - Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema yang menempatkan replika monumen yang indah dan bersejarah dalam dunia Islam kini bukan sahaja menjadi mercu tanda baru Terengganu, malah negara ini.
Taman seluas 33 hektar di Pulau Wan Man dekat sini itu menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia yang menawarkan segala keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam.
Antara replika monumen yang boleh dinikmati kehalusan seni binanya adalah Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan) dan Kudus Minar (Indonesia).
Replika monumen bersejarah yang lain ialah Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Suleyman (Turki), Sheikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia).
Turut ditempatkan di taman tersebut yang akan dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam esok itu adalah masjid bersejarah iaitu Masjid Al-Aqsa.
Tarikan utama lain adalah Masjid Kristal yang kini merupakan antara mercu tanda baru bagi negeri Terengganu Darul Iman.
Masjid Kristal mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang keseluruhannya mempamerkan identiti Terengganu terutama hiasan unik dengan kaligrafi tempatan.
Serentak dengan perasmian TTI, Perdana Menteri akan turut melancarkan program Perkampungan Hadhari iaitu program pertama yang diadakan di TTI.
TTI yang mula dibina sejak awal tahun lepas membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta terbuka untuk kunjungan masyarakat Islam dan bukan Islam.
Bagi kemudahan orang ramai untuk mengunjungi taman tersebut sempena program Perkampungan Hadhari selama sembilan hari mulai semalam, kerajaan negeri menyediakan 20 buah bas percuma setiap hari iaitu dari Shahbandar, Simpang Tok Ku, Mydin Mall dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Turut disediakan adalah kemudahan bot penambang secara percuma iaitu di Seberang Takir dan Shahbandar mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, manakala dari Pulau Ketam dan Bukit Datu dari pukul 8 pagi hingga 12 malam.

Sumber : Utusan Malaysia

Tahun Melawat Terengganu

Tahun Melawat Terengganu....
Saksikan video mengenai Terengganu yang dibina dalam bentuk montaj..

Rakyat Terengganu pakar dalam membina bot nelayan

Kepakaran membina bot tidak ada pada semua tukang kayu..


Ada segelintir masyarakat Terengganu memilih untuk bekerja sebagai pembuat bot nelayan. Pekerjaan ini sangat memerlukan ketekunan dan kemahiran yang tinggi agar bot yang dihasilkan sempurna dan dapat digunakan dengan selamat.
Pada masa dahulu, pembinaan hanyalah melalui pengalaman dan kemahiran tanpa melihat pada kertas lakaran dan sebagainya.
Sehingga sekarang, masih ada lagi yang mengusahakan pekerjaan ini dan anda boleh saksikan sendiri bagaimana sebuah bot yang besar dihasilkan dari awal hinggalah siap proses tersebut..




Gambar akan menyusul tidak lama lagi...

 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar

Menyelusuri sungai Terengganu dengan bot penambang



Bot penambang merupakan satu kemudahan pengangkutan awam yang sangat unik di negeri Terengganu.. Peluang ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Kemudahan bot ini disediakan kepada mereka yang ingin ke Seberang Takir.
Jangan lepaskan peluang menyelusuri sungai Terengganu dengan menaiki bot penambang yang disediakan di pesisir Pasar Payang..



Gambar akan menyusul tidak lama lagi...

 

Kami tidak dapat meng'upload' video kerana tahap capaian internet amat rendah... Proses naiktaraf blog akan dilaksanakan tidak lama lagi.... Harap bersabar






 

Jumlah Pelawat

Penyumbang

Urusetia Pertandingan

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

.: i Luv Terengganu :. Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini